Saturday, June 28, 2014

#2

Hari Sukan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sesungguhnya aku sangat memberi kesan negatif dekat homeroom sendiri bila hari sukan. Aku sumbangkan markah setakat enam point je lepastu dekat perbarisan. Haish bila aku form four nanti aku rasa keje aku melepek je kat tepi padang. Tapi cuba tengok kepada kesan positif pulak, sekurang-kurangnya aku ada sumbang markah jugak. Dapat berselfie dengan para sahabat lagi. Here you  go gambar dengan kakak angkat yang lari laju dan cantik jelita.



 Yay Kak Lola! Senyuman kami lebar dan gigi kami putih hahahaha. Ni waktu saringan. Jumpa kak lola je terus nak ambik gambar dengan dia. Kakak angkat saya adalah seorang sprinter, naqibah dan pengawas berjaya. High five!


Ini aku main rembat je spec hitam sape punya tak. Hari sukan kan panas? Haha acah acah hot pakai spec. Oh nampak tak sunblock kat tangan tu? Tu salah satu usaha aku untuk mengelakkan hitam muka dan tangan. Malangnya usaha aku tak berjaya sebab muka aku tetap burn. Sob sob..





Me with the cute garfield. Okay gambar ni terbukti aku lagi tembam dari Anis. Senyuman kami menawan kami tahu itu. 10 marks for anis jyeah!!


Nah monopod kayu idea bijak dari rakan-rakan yang sangat bijak. Kayu tu asalnya dari perbarisan tapi sebab aku terbawak sekali pegi padang, so terhasillah gambar ni. XD hehe


Kami adalah rockers terhebat dan kami tahu itu. Okay muka semua tak boleh blah especially muka aku!! Arghh comel betul.





 Taraaaaaaaaa!!!!!!!! Gambar perbarisan Al-Battani yang bertemakan Alice in the Wonderland. Askar terup sangat comell. A diamond itu saya :D.


#1

Allow me to introduce myself  :)

Pokok ros diluar pagar,
Ambil air tolong siramkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betulkan.

Blog ni baru bukak sebenarnya. Post yang lama-lama tu semua dah kena delete sebab tak menepati citarasa. Well, dulu tak boleh guna otak lagi. Oh bla bla bla. Malas nak ungkit cerita lama, so kita bukak buku baru, tutup buku lama. Hohoho semudah abc.

So, my name is Nurfatin Athirah binti Jamil, sekolah kat SM Sains Hulu Selangor, currently I'm fourteen now, birthday baru je beberapa hari yang lepas. Hmm lagi ape? Okay okay anak last so a bit mengada-ngada, manja, gedik and yes I admit that. My face sama je macam kakak-kakak yang lain and family kiteorang ada sorang je lelaki and that special man is Abah. Wohooo dari mana kecantikan saya datang kalau dia tak kacak lagi rupawan? Ceh perasan pulak astaghfirullah. Kakak ada tiga tapi satu dah berpunya lagi dua tu in progress lah rasanya. Hohoho. My family adalah sebuah family yang bahagia aman damai sentosa bla bla bla. Penat pulak menaip ni. I guess ada yang kenal Kak Riha? Hmm dia penulis novel, setakat ni baru satu novel yang dia buat and InsyaAllah, the second one mungkin lepas habis SPM baru sambung. Ye dia kakak yang ketiga and shes seventeen. Pendek kata kakak-kakak I ni semua berjaya lahh. Ceh riak lagi. Oh terforgot pulak ada abang ipar sorang yang kacak, baik, kacak, kacak, bergaya lagi budiman dan cool.



Okay lets move to another topic, about sekolah saya yang disayangi lagi menyayangi lagi terchenta. Untuk pengetahuan semua, sekolah tu terletak di Ulu Yam, hulu selangor SEMASHUR. Jangan ada sesiapa berani tertypo nama sekolah aku. Sekolah tu terletak (takde sesiapa letak sendiri) tengah-tengah hutan, atau lebih tepat, dalam hutan. So bila cuti sekolah dah nak habis most of pelajar semashur akan post kat fb or tweet kat twitter macam ni : Alaa dah nak balik hutan.... T_T
Except for me, saya sentiasa anggap sekolah tu adalah syurga sebab siapa je yang nak belajar kat dalam hutan? Mindset kena ubah ya rakan-rakan. Perjalanan dari rumah ke sekolah ambik masa 15- 30 minit, bergantung kepada kelajuan abah kesayangan bawak kereta. Kalau nak tengok gambar sekolah sendiri boleh cari kat google.

Lepastu ape lagi? Oh pasal sekolah tak habis lagi. Homeroomku yang tercinta, Al-Battani, Rumah Merah. Baru menang nombor satu Sukan Tahunan. nampak tak homeroom kami ramai sprinter? Okay tak jkjk. Well sebab Sukan Tahunan ni lah muka aku hitam. Hitam tau tak?! Macam keling. Okay itu racist. Hahaha.

Okay lagi saya dah berpunya, tapi masih belum berkahwin. Nampak tak trick disitu? Kita semua ni kepunyaan Allah lah. Bukan nak bajet-bajet alim ke ape, tapi...entahlah. Jangan ada pulak yang cakap aku tengah kempen mama SIS. Oh mama tu kira macam naib pengerusilah. SIS tu pulak Semashur Islamic Society. Macam Badar. Lebih kuranglah.

Hm nak buat post ni je dah makan masa sejam. Agaklah kalau aku jadi penulis novel macam kakak yang comel tu (kakak aku lah) mungkin ambik masa tiga tahun. Haha tu pun belum tentu siap. Acaca je. Buddies, hm, kawan, teman, sahabat, friend, or apape yang korang panggil, aku tak larat nak listkan sebab terlalu ramai. Kawan rapat? Macam lonely je aku ni. Uh ada ada. Geng sekolah rendah aku. Sumpah tak boleh lupakan diorang. Hannah, Izzati, Hanis, Qilah Alia mastu fana and the gang. Comel je waktu sekolah rendah. Muka pun muka seposen je. Hehehe. Tiba-tiba rasa macamnak promote twitter dengan facebook kat sini pulak. Twitter : @fatinn_j  Facebook: Fatin Athirah
Instagram? Aduh ni yang lemah ni. Instagram takde. Ceh bajetlah takde insta kan. Cuma..terlupa username. hmm fatinthira rasanya. Uh whatever.

Okay dah bye penat nak taip. Esok nak puasa. XD. Selamat Berpuasa Guys!